Wawanisolehah
By: wawanisolehah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 23-Jun-2008 00:28 Email | Share | Bookmark
Sambutan hari ibu sekolah wawa...Jalan-jalan makan2

Ibu dan anak
wawa&mok chek
kena marah ngan ibu
best meatball ni
budak kena marah
bahan2 pargedil
jemput makan
gaul dulu yer
gulai telur itik
gentel bulat2
cendawan goreng tepung
muka apakah ini
majlis hari ibu
lena
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Jumaat baru ni (20.Jun.08) taska wawa mengadakan sambutan hari Ibu yang ke berapa tak taulah yer coz wawa baru setahun kat situ. Majlis berlangsung di Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman yang mana turut hadir ialah MB baru ganu YAB Dato Mohamad Bin Said dan isteri Toh puan Norliza Mahmod. Hamboi ulasan macam nak tulis kat paper plak kan . Layan jelah gambar sekitar majlis ni. MB baru kami ni berjiwa rakyat betul yer, tengok dia pakai cam nak pi minum kat kedai kopi jer. Harap-harap MB baru kami ni dapat la mereliasasikan impian rakyat Ganu.

Belum pon majlis selesai, kami dah menghaibkan diri .Buring la majlis cam ni. Lupa nak citer ibu pi dengan wawa dan Mok Chek jer...Anis tinggal kat rumah coz dah tau kalo bawak dia mesti hazab . Jom layan aktiviti lepas melarikan diri dari majlis itew .Apa lagi pi shopping dan makan-makan la

Ada je benda ni kat sopim komplek kan...pandang kiri..pandang kanan ..baru melintas



Nak dijadikan cerita masa kat pizzahut tu wawa tertumpahkan air. Pastu masa nak bayar ibu tgk ada service charge 3.90, apakah ni charge diorang lap meja & mop lantai pasal air tumpah tu. Lupa plak nak tanya. Kalo tau camtu baik ibu lap sendiri .Kena jimat woi .


OTW balik singgah kat pantai Marina AKA telaga simpul.Lupa plak nak ambil gambar telaga, tapi telaga ni takde plak bersimpul..biasa jer . Masa tengah santai-santai dapat sms katanya anis panas-panas badan dia, ni tak lain tak bukan suh ibu balik ni, coz majlis patutnya habis kul 12, kul 4 ibu blom sampai rumah.Sesekali terlepas kandang camtulah . Pas balas sms terus balik.Sempat gak sesat, tak tau nak kuar ikut mana.Konon nak lalu short cut..last2 sesat

Sabtu hari memasak sedunia. Memula masak pargedil ayam utk anis. Ni resepi dari Sue mama maryam http://sweetheartmama.fotopages.com. Bukan anis je yang ske wawa, ibu& abi pon tumpang sekaki


Quote:
Resepi pargedil..rekues by fazza rinna cute
2-3 ketul isi ayam** -Blend(saya tumbuk guna lesung batu jer..tradisional kan )
2 biji kentang**(rebus&lenyek)
1 biji bawang merah**-Potong dadu(tak nak bubuh pon takpe)
sedikit garam**
telur
Cara2nya
1.gaulkan semua bahan bertanda ** dan bulat2kan.
2.celup dengan telur dan goreng.
3.Makan masa panas2..cicah sos cili


Untuk lunch ibu gulai telur itik dan goreng ikan keli berlado

Quote:
Gulai telur itik
5 biji telur itik
5 ulas bawang merah-Blend
2 ulas bawang putih-Blend
2 sudu ciliboh
sebiji kelapa-ambil santan
1 paket(50sen)rempah cap bunga ros (ini pentig..kalo rempah lain x kaw)
garam & serbuk perasa.
Cara2nya
1. Tumis cili boh hingga naik minyak. Masukkan bahan yg dimesin.Masukkan rempah dan sedikit air.
2. Masukkan santan..tunggu hingga mendidih, perlahankan api dan pecahkan telur..
3. Masukkan garam & serbuk perasa.


Quote:
Keli masak berlada..pecel lele ye wak
3 ekor ikan keli..bersihkan dan lumur garam&kunyit(nak menggelakkan ikan melakat dikuali saya rendam 1-2jam dalam air limau nipis@asam jawa)
10ulas bawang merah-blend
3 ulas bawang putih-blend
10biji cili padi-blend
5 biji cili merah-blend
sos tomato
soso cili
Cara2nya
1.Goreng ikan yang telah dilumur garam&kunyit.Angkat ketepikan
2. Alihkan sedikit minyak lebihan meggoreng tadi & guna utk menumis bahan2 yg diblend.
3. Tumis agak lama..biar betul2 masak
4. Masukkan sos cili& tomato. Masukkan garam jika perlu
5. Setelah masak angkat dan tuang atas ikan tadi.

malam goreng cendawan celup tepung..Makan sambil tgk M3..kuar plak lompat si katak lompat ..terus tukar channel bola


Ini aksi budak 2 orang ratah susu..Nak marah diorang lebih2 pon xleh gak..sebab mak dia ni pon ske ratah susu .







View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net