Wawanisolehah
By: wawanisolehah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 22-May-2008 00:38 Email | Share | Bookmark
HAPPY 3RD YEARS OLD AWATIF SYUKRIAH aka WAWA

 
 



Alhamdulillah hari ni genap tiga tahun usia anakanda kesayangan Ibu. Sedar tak sedar dah tiga tahun ibu menyandang gelaran "IBU" . Mari kita imbau kembali detik-detik kelahiran wawa tiga tahun lepas. PS tuk wawa : Bila besar nanti baca n3 ni ye sayang....

Masuk je usia kandungan 29 minggu ibu dah start kena admit sebab tekanan darah tinggi(PIH). Kuar masuk spital sampailah 31 minggu itupun asyik mintak nak balik je dgn Dr.Yelah sepanjang hidup ibu mana penah warded, ingat best ker dok spital..boring yang amat. Tanggal 21.Mei. 05 ibu baru je discharge setelah seminggu dok kat ward.makanan jangan citerlah semuanya tawor heber lembor Untuk lepas perasaan balik je rmh ajak Hbby gi makan sup tulang + kailan ikan masin..haha betul2 punya lepas perasaan. Malam tu mulalah sakit perut cam nak buang air besar start kul 3 pagi sampailah kul 9 dah kuar darah sket2. Kebetulan hari wesak, so clinik kesihatan tutup, jadi hbby terus hantar ke Hospital kemaman jarak -+ 40km. Sampai spital dalam pukul 9.30, nurse tanya adakah Ibu jatuh ker sebab bleeding yg banyak ibu tak berani bagitau yg semalam Ibu bantai sup tulang walaupun ibu ada high BP . 2-3 orang nurse kat situ pelik sebab ibu baru masuk 31 minggu tapi simptom2 cam nak besalin tu dah ada,sampailah Dr datang & katanya jalan dah terbuka suh push jer. Alhamdulillah jam 10.15 pagi bersamaan hari ahad lahirlan wawa yang kecil molek dengan berat 1.3kg. lepas check itu ini, wawa terus dikejarkan ke Hospital Kuala Terengganu sebab kat Kemaman ni takde kemudahan sangat lagi. Bayangkan punyalah nurse terkejar2 sampaikan dia lupa nak tunjuk bb kat ibu.Abi je yg sempat tengok itupun masa azan & Iqamah kan wawa sebelum dibawa ke HKT. Ibu cuma dapat menatap wajah wawa 3 hari kemudian lepas discharge.x sabar2 nak tengok tau, sebelum tu dok terbayang2 jer camnalah rupa anak ibu .


2nd birthday wif arwah Tok'ki..tahun ni sapelah nak baca doa masa besday wawa yer

1st birthday..geram tengok kek


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net