Wawanisolehah
By: wawanisolehah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 20-May-2008 01:11 Email | Share | Bookmark
Cuti dan masak lagi

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Selamat hari wesak semua. Patutnya kompeni saya ni tak ambik cuti hari wesak jadi saya tak plan nak kemana-manalah. Hbby saya yang patutnya cuti plak kena kerja. M..dok rumah wat per lagi masak & layan kenit jelah



[
Quote:
b]Kerabu cendawan & pauh muda[/b]1 cawan kalapa parut-Tumbuk
3 ulas bawang merah-tumbuk
1 sudu teh lada hitam-tumbuk
2 ekor ikan selayang-ambil isi-tumbuk
Cendawan tea flower (Rebus & potong memanjang)
3 biji buah pauh muda-cincang
garam, gula & cuka
cara masak
1. Goreng bahan yang ditumbuk hingga kering(tanpa minyak-sangai)
2. Masukkan cendawan, garam, gula & cuka.kacau sebati
3. Apabila masak & betul2 sejuk baru masukkan pauh muda.Untuk mengelakkan paun menjadi lebam


Quote:
Ayam masak cili api
1/2 ekor ayam
8 ulas bawang merah-tumbuk
2 ulas bawang putih-tumbuk
1/2" kunyit hidup-tumbuk
15 biji cili padi-tumbuk
1 keping asam gelugur
sebiji kelapa(asingkan secawan santan pekat)
Garam, serbuk perasa
serai (optional) Saya x bubuh
cara memasak
1. Didihkan santan cair bersama bahan yang ditumbuk.
2. Masukkan ayam dan asam keping
3. Apabila ayam betul2 masak baru masukkan santan pekat, garam & serbuk perasa




Quote:
Resepi Kek Batik Feqah http://srsfeqah.fotopages.com/?entry=1304288

bhn2:-
2 rows biskut marie (Yg paket 350gm),1/2 cawan milo,1/4 cawan koko(saya guna van houten),1/2 cawan susu pkt,1 biji telur(Resepi asal 2 biji)-Sorry ye feqah pepandai ejas , 1/2 paket butter

Method
1.Panaskan butter
2.Masukkan milo, koko & susu.Kacau hingga sebati
3.Masukkan telur
4.Masukkan biskut marie
5.Sapu bks dgn butter
6.Masukkan biskut marie. tekan dan padatkan simpan dlm fridge..
7.Potong & hidang



Sekarang ni semua benda kena beli dua, kalo tak berebut. Anis blom ada gigi..auta je lebih...

kakak demam, Anis mengada-ngada plak nak bermanja la konon


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net