Wawanisolehah
By: wawanisolehah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 15-May-2008 00:21 Email | Share | Bookmark
Entry rojak

Scrap ..design by linda
rojak betik&kole kacang
anis
jambu golokku
ceri malaysia
sedang menuai
buah apakah ini?
cam itik jumpa air
Mari kita merojakkan cerita di bawah..Ini kes malas nak apdet fp:-D , so citer seminggu kita combine sekaligus


Scrapper ni Ntie Linda http://vitamine.fotopages.com yang buat guna PS. Cute kan.Thanx Linda


Haritu nengok rojak betik kat fp kak Madiha http://mamawandiha.fotopages.com/, so last week buatlah jugak, even bahan2 x cukup.(patutnya ada nenas)

Quote:
Resepi kopipes dari fp kak Madiha.ya ampun ngak minta kebenaran duluan
ROJAK BETIK TRENGGANU
Sumber : Puan Zainab (ma Keratong )

Bahan2
1 biji betik mengkal ~ disagat memanjang
1 biji timun ~ disagat
½ biji nenas masak ~ dipotong kecil2
Sedikit kapur makan

Bahan Kuah
5 - 6 ekor ikan selayang ~ dibakar tawar & ambil isi
½ inci belacan dibakar
4-5 sudu besar cili kisar
10 sudu besar cuka makan (boleh tambah lg jika suka masam)
2 keping gula nisan ~ masak dengan 1 cawan air & tapis
gula pasir secukup rasa
garam secukup rasa
air secukupnya

Cara Menyediakan
1. Bancuh kapur makan dalam sebesen air bersih dan rendam sebentar betik yang disagat kemudian dibasuh sekali lalu & tos.
2. Isi ikan ditumbuk bersama belacan.
3. Masukkan isi ikan & belacan yg ditumbuk ke dalam periuk.
4. Campurkan juga bahan2 yang lain dan jerang atas api sehingga mendidih dan agak2 pekat. (jangan terlalu pekat or terlalu cair. Rasakan masam & manisnya. Kuah mesti ada rasa masam, masin & manis.. kena pandai2 la ejas yer..
5. Kemudian bolehlah dihidang bersama buah2 yg disagat/dipotong tadi..



Ingat lagi tak citer ni http://wawanis.fotopages.com/?entry=1322831. Ini hasil tuaian yang pertama. Yang dia belajar berbuah tahun lepas tu x lekat buah dia. Sangat bangga kan bila pokok yang kita tanam mengelurkan hasil. Lupa plak nak cakap selain memasak Ibu ske bercucuk tanam.Kalo boleh ibu nak cari rumah yang luas compaund dia spy. ibu bleh wat kebun sayur


Ini namanya buah ceri malaysia. Ada sesape tak penah tgk buah ni ?

Ini pokonya, sangat rendang, sesuai dijadikan tempat lepak sambil sembincangkan isu semasa AKA sesi anyam ketupat . Tangan yg interframe tu tangan wawa yer puan2



Haha..yang ini sape tau buah apa?Cam rancangan teka-teki la plak kan...sape yang tau tu silalah jawab jer. Bagi jawapan yang betul hadiah tidak disediakan.Kalo nak hadiah gak..nanti saya bagi buah ni jelah sebagai hadiah. Kak MaDiHa kenal tak buah ni? org ganu kan mesti kenal


Layanlah gambar seksi 4 sepupu ni


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net