Wawanisolehah
By: wawanisolehah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 20-Apr-2008 04:27 Email | Share | Bookmark
ENTRY CAMPUR-CAMPUR LAGI

cekelat..Labuan mari
budak ini tak nangis tau kena injek
tunjuk ibu
saya sedang bersilat okey
makin terserlah kewanitaan saya kan
2 org budak 'addict' vitagen
lagi budak vitagen
saya&mak masak kecuali sate
saya masak kecuali bubur lambuk
saya hanya masak cendawan
Hari ni gi injet anis (MMR) yg umur setahun tu. Cayalah anak ibu walaupun kecit tapi tak nangis langsung bila diinjet. Nurse pun kesian nak cucuk sebab lengan halus sangat, kiri ka, kanan kan..dua2 sama halus la MC, pilih la mana2 pon hehe. Kalo Pn nurse pon kesian ibu apa lagi kan, sedih sebab anak aku yang halus dan mulus itu nok buleh sakit org ganu kata. lepas sesi menyocok selesai nurse cakap BAGUS kat anis, sebab x terkutik langsung, apatah lagi nak menangis. Berat anis menginjak usia 1 tahun 1 bulan baru 6.8kg. tapi haruslah nurse tak berani marahkan saya sebab dia tau anak2 saya semuanya lahir cenonet jer, tak boleh la nak samakan dgn bb2 lain kan . Tengoklah emaknya pula besar mana


Quote:
tengah tunggu giliran utk dienjek.................makin jelita anak dara saya kan..


Quote:
Wajah teruja anis nengok saya baru pulang dari kantor


Quote:
buah tangan dari Hbby, org kena tinggal haruslah dapat habuan kan


Quote:
Gulai Pari
1kg pari-Dipotong & dibersihkan
sebiji kepala-Ambil 4 cawan santan
rempah kari cap bunga ros
rempah masak cap bunga ros
cili boh
bawang merah 5 ulas-blend
bang putih 2 ulas -blend
kerisik
daun kari
rempah tumis(k.manis, buah pelaga, bunga lawang & cenghih)

Cara memasak
1. Tumis rempah tumis hingga naik bau. masukkan bawang yang dimesin hingga kekuningan. masukkan cili boh, kerisik, rempah gulai, rempah masak dan ikan pari.Masukkan sedikit air.
2. Apabila menggelgak,masukkan daun kari, santan, garam. Apabila kuah pekat tutup api
.

Quote:
Perencah ikan bakar simple

10ulas bawang merah-mesin
20tangkai cili kering-mesin
sedikit belacan
daun limau purut
3 batang serai-mesin
garam,gula

cara membuatnya
1. Tumis bahan yang di mesin hingga garing.Masukkan belacan, serta bahan2 lain.Tumis hingga menjadi pes.



Quote:
makanan, lauk pauk, dessert...sila jamu mata okey


Quote:
Cendawan goreng hitam kegemaranku
1 tin cendawan butang -Potong memanjang
2 ulas bawang putih-Cincang
1 sudu sos tiram
kicap -secukup rasa
Cara memasak
1. Tumis bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan cendawan, sos tiram & kicap
4. Masukkan sedikit air dan tutup kuali supaya cendawan mesra
5. apabila cendawan sudah kehitaman bolehlah diangkat
.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net