Wawanisolehah
By: wawanisolehah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 8-Jul-2008 00:20 Email | Share | | Bookmark
Koleh kacang the making

santan, tepung kacang hijau & daun pandan
masukkan gula melaka
kacau goreng hihi
View all 15 photos...
Dah lama Adik feqah http://srsfeqah.fotopages.com/ mintak resepi koleh kacang ni. Maka last weken akak pon wat ler kuih ni.Untuk kasi senang adik feqah atau sesape kat luar sana yg nak wat koleh ni akak pon tepeklah method step by step...


sejukkan dalam loyang

redi to it
Quote:
Koleh kacang
sebiji kelapa-Ambil 3 cawan santan
sebungkus tepung kacang hijau (400g)
5-6 kerek(keping) gula melaka
daun pandan

1. Masukkan semua bahan ke dalam kuali besar(utk memudahkan proses mengacau)
2. Kacau hingga masak/pekat. Nak tau masak ke tak..adunan akan meletup-letup macam lahar gunung berapi gitu .
3. Angkat dan sejukkan kira-kira 1 /2 jam.
**(Note : Ada org tabur tahi minyak atas kueh ni tapi saya malas nak wat tahi minyak )


pulut durian/santan durian


Thursday, 3-Jul-2008 01:50 Email | Share | | Bookmark
Telatah dan keletah anak-anak

Lama betul tak bersiaran dan mempamerkan aksi puteri-puteri kenit saya kat sini. Fp ni berhantu btol kan..kalo tak apdet lebih dari seminggu rasa cam x senang duduk jer. Kje banyak pon curi2 gak apdet apatah lagi kalo kje takde..hari2 ada n3 baru .Ini kalo bos dengar mau dia tarik balik increment gaji daku ni .

Ni pix budak yang sukaaaaaa sangat main wallet ibu. Apakah wallet juga berhantu

Mari bermain dengan warna


pakai tudung ala-ala nak bertunang..layan jelah..kalau tak bising dia memekak


Umur dah setahun lebih masih pakai barut . Alkisah Ibu bawak anis berubat cacing(berubat kampung), Pastu bomoh tu bagi daun gadung suh ramas & lumur kat perut. Pelik je kawan bila ibu pakaikan dia barut ni.Nasib baik dia ok jer..takdelah nak buang barut tu. Harap2 lepas ni sihat lah anak Ibu, berselera makan..bertambah berat badan.Amin. Risau gak dah setahun 3 bulan berat baru 7kilo

Ni Adik Danish masa lahir berat 4kilo lebih..sekarang umur dah setahun baru 6.8kg..jenuh Ummi dia kena bebel ngan nurse


Sunday, 29-Jun-2008 03:47 Email | Share | | Bookmark
Kisah jambu golok lagi... versi Rina plak

 
 
 
Ni cerita hari khamis okey. Pepagi lagi si Rina http://fazzarinna.fotopages.com dah menggeletek tali perut den . Kemain semangat dia cakap dah jumpa jambu golok utk wat sayur lemak putih tu.katanya dah lama dia beli,ada dalam lemari es. Ibu dah mula cuak dah..lama??..rasanya buah tu tak tahan lama..paling lama 3 hari. Ok takpe kita ikuti cerita seterusnya. Sekali ibu pon suh la dia send gambar jambu golok yang diwarwarkan telah berjaya diperolehinya tu. Ni lah rupa jambu golokAKA gajus versi Rina.
Jambu ni rasanya best makan mentah jer..tak pun makan ngan petis

Tu dia siap beli kat Pasaraya
Mentang-mentang la daku cakap jambu golok ni biji dia kat luar..dia terus belasah jambu batu takde biji ...Nasib baik belom sempat masak lagi..


Lepas tengok gambar jambu golok ni dengan teliti, barulan Rina cakap memang payah nak cari kat sana. Susah2 datang Ganulah Rina..nanti den masak kek ko..

Quote:
Rupanya ramai yang tak kenal jambu golok ni ek. Ingatkan bila tulis gajus depa ni taulah, tapi masih ada yg tak pernah tengok buah ni. kalau kat sebelah pantai timur memang banyak pokoknya, nak-nak kalo dekat pantai/tanah pasir. Kiranya pucuk tuk wat ulam tu sepanjang tahun ada, cuma buahnyer jer yg keluar ikut musim. Mungkin 10-20 tahun akan datang generasi baru takkan kenal dah buah jambu golok ni


Wednesday, 25-Jun-2008 03:40 Email | Share | | Bookmark
Fadhilat Membaca Bismillah


Dapat emel tentang Fadhilat BISMILLAH dan nak share dgn kawan2. Moga bermanfaat utk kita semua

Membaca Bismillah setiap kali melakukan sesuatu pekerjaan atau perbuatan sebenarnya memberi kebaikan yang sangat banyak. Allah sendiri memerintahkan para malaikat supaya mencatat pahala bagi umat manusia yang membaca Bismillah.

Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, akan aman dariapda gangguan syaitan, kecurian, maut yang mendadak dan bala. Sementara pasangan yang membacanya ketika hendak berjimak, akan melahirkan anak yang soleh dan bagi ibu bapanya kebajikan sejumlah tarikan nafas anak itu.

Membaca 41 kali Bismillah ke telingan orang yang pengsan, insya Allah dia akan segera sedar. Membaca 313 kali Bismillah serta 100 kali selawat ke atas Nabi SAW pada waktu pagi hari Ahad sewaktu matahari terbit dengan menghadap kiblat, insya Allah akan mendapat rezeki yang tidak terduga.

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang bebal, eloklah dibaca Bismillah sebanyak 786 kali, kemudian ditiupkan pada air lalu diberi minum anak itu selama tujuh hari pada saat matahari terbit, insya Allah lenyaplah kebebebalannya. Perkara yang sama juga dilakukan kepada adik-beradik, suami, isteri atau sesiapa yang dimaksudkan.

Sesiapa yang membaca 50 kali Bismillah di hadapan orang orang zalim, akan tunduk dan takutlah orang zalim itu. Bagi perempuan yang hamil, tulislah 61 kali kalimah Bismillah hingga akhirnya dengan huruf Arab di atas kertas putih lalu sisipkannya ke perut wanita itu, insya Allah hidup anak yang dikandung itu.

Mereka yang berniaga, bacalah 786 kali di hadapan dagangannya lalu dihembuskan selama tujuh hari. Insya Allah dengan izin Allah akan majulah perniagaannya.





Monday, 23-Jun-2008 00:28 Email | Share | | Bookmark
Sambutan hari ibu sekolah wawa...Jalan-jalan makan2

Ibu dan anak
wawa&mok chek
kena marah ngan ibu
View all 28 photos...

Jumaat baru ni (20.Jun.08) taska wawa mengadakan sambutan hari Ibu yang ke berapa tak taulah yer coz wawa baru setahun kat situ. Majlis berlangsung di Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman yang mana turut hadir ialah MB baru ganu YAB Dato Mohamad Bin Said dan isteri Toh puan Norliza Mahmod. Hamboi ulasan macam nak tulis kat paper plak kan . Layan jelah gambar sekitar majlis ni. MB baru kami ni berjiwa rakyat betul yer, tengok dia pakai cam nak pi minum kat kedai kopi jer. Harap-harap MB baru kami ni dapat la mereliasasikan impian rakyat Ganu.

Belum pon majlis selesai, kami dah menghaibkan diri .Buring la majlis cam ni. Lupa nak citer ibu pi dengan wawa dan Mok Chek jer...Anis tinggal kat rumah coz dah tau kalo bawak dia mesti hazab . Jom layan aktiviti lepas melarikan diri dari majlis itew .Apa lagi pi shopping dan makan-makan la

Ada je benda ni kat sopim komplek kan...pandang kiri..pandang kanan ..baru melintas



Nak dijadikan cerita masa kat pizzahut tu wawa tertumpahkan air. Pastu masa nak bayar ibu tgk ada service charge 3.90, apakah ni charge diorang lap meja & mop lantai pasal air tumpah tu. Lupa plak nak tanya. Kalo tau camtu baik ibu lap sendiri .Kena jimat woi .


OTW balik singgah kat pantai Marina AKA telaga simpul.Lupa plak nak ambil gambar telaga, tapi telaga ni takde plak bersimpul..biasa jer . Masa tengah santai-santai dapat sms katanya anis panas-panas badan dia, ni tak lain tak bukan suh ibu balik ni, coz majlis patutnya habis kul 12, kul 4 ibu blom sampai rumah.Sesekali terlepas kandang camtulah . Pas balas sms terus balik.Sempat gak sesat, tak tau nak kuar ikut mana.Konon nak lalu short cut..last2 sesat

Sabtu hari memasak sedunia. Memula masak pargedil ayam utk anis. Ni resepi dari Sue mama maryam http://sweetheartmama.fotopages.com. Bukan anis je yang ske wawa, ibu& abi pon tumpang sekaki


Quote:
Resepi pargedil..rekues by fazza rinna cute
2-3 ketul isi ayam** -Blend(saya tumbuk guna lesung batu jer..tradisional kan )
2 biji kentang**(rebus&lenyek)
1 biji bawang merah**-Potong dadu(tak nak bubuh pon takpe)
sedikit garam**
telur
Cara2nya
1.gaulkan semua bahan bertanda ** dan bulat2kan.
2.celup dengan telur dan goreng.
3.Makan masa panas2..cicah sos cili


Untuk lunch ibu gulai telur itik dan goreng ikan keli berlado

Quote:
Gulai telur itik
5 biji telur itik
5 ulas bawang merah-Blend
2 ulas bawang putih-Blend
2 sudu ciliboh
sebiji kelapa-ambil santan
1 paket(50sen)rempah cap bunga ros (ini pentig..kalo rempah lain x kaw)
garam & serbuk perasa.
Cara2nya
1. Tumis cili boh hingga naik minyak. Masukkan bahan yg dimesin.Masukkan rempah dan sedikit air.
2. Masukkan santan..tunggu hingga mendidih, perlahankan api dan pecahkan telur..
3. Masukkan garam & serbuk perasa.


Quote:
Keli masak berlada..pecel lele ye wak
3 ekor ikan keli..bersihkan dan lumur garam&kunyit(nak menggelakkan ikan melakat dikuali saya rendam 1-2jam dalam air limau nipis@asam jawa)
10ulas bawang merah-blend
3 ulas bawang putih-blend
10biji cili padi-blend
5 biji cili merah-blend
sos tomato
soso cili
Cara2nya
1.Goreng ikan yang telah dilumur garam&kunyit.Angkat ketepikan
2. Alihkan sedikit minyak lebihan meggoreng tadi & guna utk menumis bahan2 yg diblend.
3. Tumis agak lama..biar betul2 masak
4. Masukkan sos cili& tomato. Masukkan garam jika perlu
5. Setelah masak angkat dan tuang atas ikan tadi.

malam goreng cendawan celup tepung..Makan sambil tgk M3..kuar plak lompat si katak lompat ..terus tukar channel bola


Ini aksi budak 2 orang ratah susu..Nak marah diorang lebih2 pon xleh gak..sebab mak dia ni pon ske ratah susu .







[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net