Wawanisolehah
By: wawanisolehah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 20-May-2008 01:11 Email | Share | | Bookmark
Cuti dan masak lagi

 
 
 
View all 11 photos...
Selamat hari wesak semua. Patutnya kompeni saya ni tak ambik cuti hari wesak jadi saya tak plan nak kemana-manalah. Hbby saya yang patutnya cuti plak kena kerja. M..dok rumah wat per lagi masak & layan kenit jelah



[
Quote:
b]Kerabu cendawan & pauh muda[/b]1 cawan kalapa parut-Tumbuk
3 ulas bawang merah-tumbuk
1 sudu teh lada hitam-tumbuk
2 ekor ikan selayang-ambil isi-tumbuk
Cendawan tea flower (Rebus & potong memanjang)
3 biji buah pauh muda-cincang
garam, gula & cuka
cara masak
1. Goreng bahan yang ditumbuk hingga kering(tanpa minyak-sangai)
2. Masukkan cendawan, garam, gula & cuka.kacau sebati
3. Apabila masak & betul2 sejuk baru masukkan pauh muda.Untuk mengelakkan paun menjadi lebam


Quote:
Ayam masak cili api
1/2 ekor ayam
8 ulas bawang merah-tumbuk
2 ulas bawang putih-tumbuk
1/2" kunyit hidup-tumbuk
15 biji cili padi-tumbuk
1 keping asam gelugur
sebiji kelapa(asingkan secawan santan pekat)
Garam, serbuk perasa
serai (optional) Saya x bubuh
cara memasak
1. Didihkan santan cair bersama bahan yang ditumbuk.
2. Masukkan ayam dan asam keping
3. Apabila ayam betul2 masak baru masukkan santan pekat, garam & serbuk perasa




Quote:
Resepi Kek Batik Feqah http://srsfeqah.fotopages.com/?entry=1304288

bhn2:-
2 rows biskut marie (Yg paket 350gm),1/2 cawan milo,1/4 cawan koko(saya guna van houten),1/2 cawan susu pkt,1 biji telur(Resepi asal 2 biji)-Sorry ye feqah pepandai ejas , 1/2 paket butter

Method
1.Panaskan butter
2.Masukkan milo, koko & susu.Kacau hingga sebati
3.Masukkan telur
4.Masukkan biskut marie
5.Sapu bks dgn butter
6.Masukkan biskut marie. tekan dan padatkan simpan dlm fridge..
7.Potong & hidang



Sekarang ni semua benda kena beli dua, kalo tak berebut. Anis blom ada gigi..auta je lebih...

kakak demam, Anis mengada-ngada plak nak bermanja la konon


Thursday, 15-May-2008 00:21 Email | Share | | Bookmark
Entry rojak

Scrap ..design by linda
rojak betik&kole kacang
anis
View all 8 photos...
Mari kita merojakkan cerita di bawah..Ini kes malas nak apdet fp:-D , so citer seminggu kita combine sekaligus


Scrapper ni Ntie Linda http://vitamine.fotopages.com yang buat guna PS. Cute kan.Thanx Linda


Haritu nengok rojak betik kat fp kak Madiha http://mamawandiha.fotopages.com/, so last week buatlah jugak, even bahan2 x cukup.(patutnya ada nenas)

Quote:
Resepi kopipes dari fp kak Madiha.ya ampun ngak minta kebenaran duluan
ROJAK BETIK TRENGGANU
Sumber : Puan Zainab (ma Keratong )

Bahan2
1 biji betik mengkal ~ disagat memanjang
1 biji timun ~ disagat
½ biji nenas masak ~ dipotong kecil2
Sedikit kapur makan

Bahan Kuah
5 - 6 ekor ikan selayang ~ dibakar tawar & ambil isi
½ inci belacan dibakar
4-5 sudu besar cili kisar
10 sudu besar cuka makan (boleh tambah lg jika suka masam)
2 keping gula nisan ~ masak dengan 1 cawan air & tapis
gula pasir secukup rasa
garam secukup rasa
air secukupnya

Cara Menyediakan
1. Bancuh kapur makan dalam sebesen air bersih dan rendam sebentar betik yang disagat kemudian dibasuh sekali lalu & tos.
2. Isi ikan ditumbuk bersama belacan.
3. Masukkan isi ikan & belacan yg ditumbuk ke dalam periuk.
4. Campurkan juga bahan2 yang lain dan jerang atas api sehingga mendidih dan agak2 pekat. (jangan terlalu pekat or terlalu cair. Rasakan masam & manisnya. Kuah mesti ada rasa masam, masin & manis.. kena pandai2 la ejas yer..
5. Kemudian bolehlah dihidang bersama buah2 yg disagat/dipotong tadi..



Ingat lagi tak citer ni http://wawanis.fotopages.com/?entry=1322831. Ini hasil tuaian yang pertama. Yang dia belajar berbuah tahun lepas tu x lekat buah dia. Sangat bangga kan bila pokok yang kita tanam mengelurkan hasil. Lupa plak nak cakap selain memasak Ibu ske bercucuk tanam.Kalo boleh ibu nak cari rumah yang luas compaund dia spy. ibu bleh wat kebun sayur


Ini namanya buah ceri malaysia. Ada sesape tak penah tgk buah ni ?

Ini pokonya, sangat rendang, sesuai dijadikan tempat lepak sambil sembincangkan isu semasa AKA sesi anyam ketupat . Tangan yg interframe tu tangan wawa yer puan2



Haha..yang ini sape tau buah apa?Cam rancangan teka-teki la plak kan...sape yang tau tu silalah jawab jer. Bagi jawapan yang betul hadiah tidak disediakan.Kalo nak hadiah gak..nanti saya bagi buah ni jelah sebagai hadiah. Kak MaDiHa kenal tak buah ni? org ganu kan mesti kenal


Layanlah gambar seksi 4 sepupu ni


Tuesday, 13-May-2008 00:19 Email | Share | | Bookmark
Mari jawab TAG

Tag again


Ibu telah diTAG oleh Puan Maya karin . Oleh kerana Ibu seorang yang sangat dedikasi , ibu pon menyelesaikan tugasan ini dengan kadar segera

The rules:
1. Link to your tagger and post these rules on your blog.
2. Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird.
3. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
4. Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog


Now it's time for me to Tag another 5 person.. Jangan mengelat sape yang kena ..patutnya 7 tapi x larat la nak cari mangsa..cam semua org dah kena jer
1. Ina-Ibu Aiman&Arissa ~ http://ctazlina.fotopages.com
2. wawa Senior ~ http://ssalwa.fotopages.com
3. Zana-mama Batrice ~ http://batrice07.fotopages.com
4. Anese-Ibu hani&E-in ~http://jedanese.fotopages.com
5. Fiza-ibu najwa&nadia ~http://ladylike80.fotopages.com


Thursday, 8-May-2008 08:57 Email | Share | | Bookmark
H@ppY MoThErS d@Y AKA H@rI eM@K

 
Happy mothers day
thanks to Zura & watie sbb sudi bagi saya award ni....

Ni AWARD dari Kak MaDiHa..Thanks Kak sudi share dgn saya

Di dari CT From Bangla..Dunia tanpa sempadan, jarak bukan penghalang..semuanya di hujung jari kan Ct .muahh tuk ct


Quote:
SeL@m@t H@Ri IbU buat M@K y@nG @k@n MeNy@mBuT Ul@NgT@HuN Ke-58 p@d@ 26.6 ini

dikesempatan ini, saya nak ucapkan "SELAMAT HARI IBU" kepada semua mommies di luar sana terutamanya ibu saya PATIMAH BT NGAH aka MOK YAH. Saya tau Ibu sayang saya..huk..huk... Terbalaskah jasa ibu kepada saya selama ini.

Renungan Sempena Hari Ibu

Orang kata aku lahir dari perut Ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang.. Ibu
Bila nak bermanja, aku dekati.. Ibu
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.. Ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.. Ibu
Bila nakal, yang memarahi aku.. Ibu
Bila merajuk, yang memujukku cuma.. Ibu
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.. Ibu
Bila takut, yang tenangkan aku.. Ibu
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.. Ibu

Aku selalu teringatkan. . Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon.. Ibu
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.. Ibu
Bila bengang, aku suka luah pada.. Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu!”
Bila sakit, orang paling risau adalah.. Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu.. Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.. Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin, Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.. Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok, aku cari.. Pasanganku
Bila sedih, aku cari.. Ibu
Bila berjaya, aku ceritakan pada.. Pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.. Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat.. Pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.. Ibu
Bila nak bercuti, aku bawa.. Pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.. Ibu
Bila sambut valentine, Aku hadiahi bunga pada.. Pasanganku
Bila sambut hari ibu, aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu aku ingat.. Pasanganku
Selalu Ibu ingat kat aku
Bila-bila aku akan telefon.. Pasanganku
Entah bila, aku nak telefon.. Ibu
Selalu aku belikan hadiah untuk.. Pasanganku
Entah bila, aku nak belikan hadiah untuk.. Ibu

Renungkan:
“Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja, bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak, lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah”. Berderai air mata aku. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi, bukan lima puluh ringgit, lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Al-Fatihah, Al-Fatihah, Al-Fatihah.

Al-Fatihah juga kepada saudara-saudaraku yang telah kehilangan Ibu tercinta. Kasihnya ibu membawa ke syurga.


Quote:
Saya ingin berkongsi AWARD ini dengan semua mommy, ibu, mama, mak, umi, bonda, mek(panggilan org kelantan) serta semua insan2 yang pernah merasai betapa jerihnya melahir dan membesarkan seorang anak, apatah lagi berorang-orang anak...Sape2 yg masuk sini..yang wish HARI MAK utk saya, juga yg x masuk & tak wish , anggaplah saya 4ward AWARD ni utk awak semua juga yer. Bukan tanak list 1by 1 kot termissed nanti, AWARD ni sangat special so saya tanak sorangpon MAK diluar sana yang terkecuali menerimanya.





Tuesday, 6-May-2008 03:31 Email | Share | | Bookmark
Calendar for Mei

muka apakah ini
 
manja dgn sepupunya..Aniza
View all 7 photos...
Haha dah terlewat untuk wat celendar sebenarnya.Hari ni baper haribulan adik-adik? Ha 6 haribulan. Makcik terlupo .belasah jelah yer .Ni kelendar sempena besday wawa yang jatuh bulan Mei. Haruslah tiap2 bulan yang ada tarikh sebeday kami sekeluarga akan ada kalendar untuk bulan itu..eh apalah makcik cakap ni.layan jelah kelendar ni yer









[<<  <  6  7  8  9  10  11  12  [13]  14  15  16  17  18  19  20  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net