Wawanisolehah
By: wawanisolehah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Sunday, 28-Jun-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
My Pregnancy & my online bizz

 
 
 
View all 10 photos...
Hari ni 11.Jun.09 last day saya kje, so saya ambik kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf pada kawan-kawan semua, kot ada saya terlaser masa kita bersiaran di maya. Moga ukhwah yang terjalin akan berkekalan hingga ke syurga. Doakan saya selamat.




Moga Allah SWT memudahkan segalanya.Amin...Amin..Ya Rabbal Alamin.

kepada kengkawan sudi-sudikanlah jenguk blog biz tudung dan kaftan saya kat sini yer http://bawalsulamtangan.blogspot.com/.
Harga untuk tudung dibawah RM 45.00 (Sulam tangan jahit biasa-benang emas) dan RM 55.00 untuk (Sulam tangan kait tepi)~harga yang tertera adalah termasuk kos pos(Poslaju)

SOLD...................AVAILABLE

SOLD...................SOLD

SOLD...................SOLD



Friday, 22-May-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Happy 4th Birthday Awatif Syukriah@wawa

 
 
 
View all 15 photos...
Alhamdulillah, sedar tak sedar dah 4 tahun usia kakak. Ibu doakan moga kakak membesar jadi anak yang solehah, penyejuk hati Ibu dan Abi serta pelindung kepada adik2. Ibu sentiasa mendoakan kesejahteraan kakak, moga berbahagia dunia dan akhirat.AMIN


Hari jumaat 22.Mei.09 wat kek guna tepung kek Lisya. Tak sempat topping bagai...kekanak vitagen dah kerumun nak rasa.



Ni plak cubaan wat kek guna tepung kek Lisya http://aq1s.blogspot.com. Sape nak cuba boleh beli kat sini.harga adalah sangat berpatutan. Nak jadi rakan niaga pon boleh. Kek yg saya wat ni tak berapa ok sangat rupanya tapi itu tak penting... yang penting rasa bukan rupa kan .


Tepung kek

isi kandungan tepung kek..kek coklat lembab yg best..Kek marble yang wangi

Dah lama ngidam nak makan udang poyak ni. Cari tempoyaka punyalah susah, last2 wat sendiri tempoyak. memang mabeles sebab takde campur bende lain, kalo yg dibeli tu belum tentu ori kan.



[size=18]Resepi udang masak poyak - Kredit to Zura http://jasfyra.blogspot.com[/size]3 ulas bawang merah-Tumbuk
Seulas bawang putih-Tumbuk
5-10 biji cili padi -Tumbuk
Kunyit -Optional nak guna serbuk atau kunyit hidup
3-5 sudu tempoyak-Sesuaikan ikut kepekatan yg dikehendaki
Air-Sesuaikan mengikut kepekatan yg dikehendaki
Daun kunyit - Lagi banyak lagi kaw

Cara masak
1. Campakkan semua bahan kecuali udang& daun kunyit. udang xleh masuk awal-awal nanti kurang manis.
2. Apabila mengelegak baru masukkan udang dan daun kunyit.
**Garam dan gula tu agak2 la kan... saya x masukkan gula sebab udang tu dah manis


Sedia untuk dimakan


Tuesday, 19-May-2009 02:44 Email | Share | | Bookmark
Apdet citer campur-campur

 
 
 
View all 14 photos...
Sian fp aku ni, nampak beno tuan dia tak cakne, lama btol tak apdet.Sib baik ko xleh bercakap yer fp

Meh la aku tepek gambar merapu meraban yg ada dalam kamera murah aku ni, kesian kat peminat2 aku yg masuk sini asik tgk entry basi..wah perasan tahap dewa 16 .Silalah jangan marah aku yang hover perahsan ni sebab hormon orang peknen kan dia lain macam sket..lariksss...

Progress projek tanaman sayurku...

kacang botor dah naik junjung, labu dah berputik


Comey je berderet bunga labu ni kan

Ni timun batang dan bendi jiran aku, saje ambik gambar kasi sayor gi glamer skit hihi. Aku nyer lom berbuah lagik



Merajinkan diri wat karipap


Karipapku ketebalan, 1st time wat kan..kaber jangan tak kaber

saje tepek gambar buah ni, sket tgk kaler dia


Ni plak aksi anak daraku beberapa hari lepas. Nak tergelak aku tgk dia dgn beg galas, bakul, stokin lain sebelah, pastu pakai tudung 3 lapis..tengok dari belakang macam nyonya kutip teh, tengok dari depan macam mek indon yg berjualan nasik , cerita habibi dan habibah tu



Nilah gayanya kalo disuruh posing... kesian plak tengok, kecik lagi dah nak dapat adik


Thursday, 30-Apr-2009 00:18 Email | Share | | Bookmark
Terkenang Semasa Dulu

 
 
 
View all 14 photos...
Hari ni mak budak nak tunjuk gambar beliau masa bebudak dulu. Ni je lah gambar yang ada, yang lain dah hilang masa pindah randah dulu. Sayang kan, gambar lama2 camni. Bila tengok teringat kenangan masa kat kampung, tu pun lepas umur 5 tahun ke atas la sebelum tu mmg blurr je ingatan.



Ni masa umur baper bulan tah,rambut curl lagik:-D ...Saya sangat shembam kan

Saya ngan mak saya..........................................Ni dah beso sket umur 5 tahun kot..seksi

Budak yang mengidam
Orang lain yang peknen org lain plak yang ngidam kan. Since saya peknen mcm2 benda yg gegirls ni rekues nak makan. layankan ajelah

X sempat masuk ke dapur kat pintu depan depa dah suruh 'cekoh' doyan ni

Dua2 hantu doyan


Mari berkebun
Tanah belakang rumah tu subur betul, hitam mediumnya, so saya pon wat2 rajin tanam sayo serba sket. yang tak tahan rumput pun subur sama naik dgn pokok yang saya tanam

kankung baru nak naik

Labu dah menjalar bersama rerumput

Anak kacang botor/kelisa pon baru nak naik

Tapak semaian kacang panjang dan timun ulam


Thursday, 9-Apr-2009 04:06 Email | Share | | Bookmark
Entry untuk diriku & Amalan semasa mengandung

 
 
 
Asyik tulis entry pasal anak-anak je kan. Hari ni saya nak tepek gambar sendiri plak. Sangat gediks tengok gambar sendiri dengan perut memboyot (tapi takdelah boyot sangat pon ). Xceli ni la 1st time saya ambik gambar tengah memboyot camni, yang lepas2 memang tak sempat ambik, kononnya nak tunggu perut besar sket..last2 tak sempat ambik, baby dah keluar. Jadi, kali ni ambik gambar awal-awal


Takdelah besar sangat perut, macam dulu2 gak


Quote:
Amalan semasa mengandung, doa disaat ingin melahirkan dan amalan mendidik anak
Amalkan membaca surah An-Nahl ayat 78

وَاللّهُ أَخْرَجَكُم مِّن بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لاَ تَعْلَمُونَ شَيْئاً وَجَعَلَ لَكُمُ الْسَّمْعَ وَالأَبْصَارَ وَالأَفْئِدَةَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
" Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur".

Khasiat Surah An-Nahl, ayat 78: Untuk memudahkan wanita hamil bersalin/melahirkan anak, insya-Allah.

Doa nabi yunus ~ LAA ILA HA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ DZALIMIIN” (Surah Anbiya’)

"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

"Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin

Adalah amat baik sekali jika mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti.

Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.

Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS.

AMALAN KETIKA MENGANDUNG

Sewaktu mengandung, sebaik-baiknya kita membaca surah-surah di dalam Al-Quran untuk dijadikan amalan harian.

Ia juga baik diamalkan sewaktu membesarkan anak-anak.

1. Surah Yusuf: Utk mendapatkan anak yang comel/cantik

2. Surah Luqman: Utk mendapatkan anak yang bijak/pintar/pandai

3. Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh

4. Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT)

5. Surah Al-Fatihah

6. Surah Yaasin

7. Surah Ayatul Kursi

8. Surah Al-Araaf ayat 189

9. Surah Al-Imran ayat 38: Doa memohon anak yang baik

10. Surah Al-Imran ayat 8-9: Doa memohon rahmat

11. Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat

12. Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT

13. Surah Yassin ayat 22 - 23: Untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak

14. Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik

15. Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.


Untuk mudahkan anak-anak menerima pelajaran, suruh anak-anak mengamalkan bacaan surah Al-Insyirah ayat 1 - 8 (Alam Nasyrah) dan surah Al-Alaq (Iqra') dalam solat Subuh.

Selain itu, hafal serta amalkan surah An-Nur ayat 30 untuk terangkan hati, insya-Allah.

SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung)
Barangsiapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat.

SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini ke atas perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.

SURAH YUSUF (Yusuf)
Barangsiapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesolehan kepada anak-anaknya.

Barangsiapa membacanya akan dimurahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya.

Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.

SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barangsiapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.

SURAH MARYAM (Maryam)
Barangsiapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

SURAH AS-SAJDAH (Sujud)
Barangsiapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit rohani dan jasmani.

WALLAHUA'LAM

P/S:YAKIN KEPADA ALLAH,BUKAN KEPADA AMALAN YANG KITA BUAT.AMALAN TU SEKADAR PERANTARA,BUKAN YANG MEMAKBULKAN SATU2 PERMOHONAN KITA


[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net