Want your
own Fotopage?
















 



By: wawa anis

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]
Thursday, 3-Jul-2008 01:50 Email | Share | | Bookmark
Telatah dan keletah anak-anak

Lama betul tak bersiaran dan mempamerkan aksi puteri-puteri kenit saya kat sini. Fp ni berhantu btol kan..kalo tak apdet lebih dari seminggu rasa cam x senang duduk jer. Kje banyak pon curi2 gak apdet apatah lagi kalo kje takde..hari2 ada n3 baru .Ini kalo bos dengar mau dia tarik balik increment gaji daku ni .

Ni pix budak yang sukaaaaaa sangat main wallet ibu. Apakah wallet juga berhantu

Mari bermain dengan warna


pakai tudung ala-ala nak bertunang..layan jelah..kalau tak bising dia memekak


Umur dah setahun lebih masih pakai barut . Alkisah Ibu bawak anis berubat cacing(berubat kampung), Pastu bomoh tu bagi daun gadung suh ramas & lumur kat perut. Pelik je kawan bila ibu pakaikan dia barut ni.Nasib baik dia ok jer..takdelah nak buang barut tu. Harap2 lepas ni sihat lah anak Ibu, berselera makan..bertambah berat badan.Amin. Risau gak dah setahun 3 bulan berat baru 7kilo

Ni Adik Danish masa lahir berat 4kilo lebih..sekarang umur dah setahun baru 6.8kg..jenuh Ummi dia kena bebel ngan nurse

tie, anak hang terror ar...bubuh gincu kat badan ek...
ye ar, kalo bubuh kt bibir tu kecik sangat
bubuh kt badan baru ar puas hati
wawa chumil sangat pakai tudung tu...
ala2 gadis melayu terakhir ar...
siap mekap2 lagi tu....
cayalah wawa
Thu 3-Jul-2008 10:20
Posted by:Mummy Irdina&Arissa  - [Link]
hehehe kaktie! perangai anis sama dgn nadia laa..
suka sangat korek mengorek purse fiza......
memang takut sgt kan kalo ada duit syiling tue...
waaaa dasatnya anis main lipstic tue......
abih dilumurnya kat badan dia......
hehe tomeinya nengok anis dgn barutnya... & wawa dgn tudungnya..........
kelako2 nengok keletah2 dorang nie...........
Thu 3-Jul-2008 12:22
Posted by:~fiza~  - [Link]
Tie gencu tu beli lagi bebanyak biarkan budak tu bermain dgn gincu masih kecil
nanti bila besar dia boleh make up kan orang dan Mak dier sampai nampak lebeh cantik.
Kalau di kasi makan budak kecil akan membesar cepat,
Waktu jer yg terlalu cepat sekarang ni kita terkial kial nakmengejar C Waktu ni
tap tup dah July 2008.
Dah dekat nak puasa dah nak Hari raya
Tie Dah bayar puasa lum?
Fri 4-Jul-2008 00:38
Posted by:Wak Kumis  - [Link]
View all 10 comments Add comment


Sunday, 29-Jun-2008 03:47 Email | Share | | Bookmark
Kisah jambu golok lagi... versi Rina plak

 
 
 
Ni cerita hari khamis okey. Pepagi lagi si Rina http://fazzarinna.fotopages.com dah menggeletek tali perut den . Kemain semangat dia cakap dah jumpa jambu golok utk wat sayur lemak putih tu.katanya dah lama dia beli,ada dalam lemari es. Ibu dah mula cuak dah..lama??..rasanya buah tu tak tahan lama..paling lama 3 hari. Ok takpe kita ikuti cerita seterusnya. Sekali ibu pon suh la dia send gambar jambu golok yang diwarwarkan telah berjaya diperolehinya tu. Ni lah rupa jambu golokAKA gajus versi Rina.
Jambu ni rasanya best makan mentah jer..tak pun makan ngan petis

Tu dia siap beli kat Pasaraya
Mentang-mentang la daku cakap jambu golok ni biji dia kat luar..dia terus belasah jambu batu takde biji ...Nasib baik belom sempat masak lagi..


Lepas tengok gambar jambu golok ni dengan teliti, barulan Rina cakap memang payah nak cari kat sana. Susah2 datang Ganulah Rina..nanti den masak kek ko..

Quote:
Rupanya ramai yang tak kenal jambu golok ni ek. Ingatkan bila tulis gajus depa ni taulah, tapi masih ada yg tak pernah tengok buah ni. kalau kat sebelah pantai timur memang banyak pokoknya, nak-nak kalo dekat pantai/tanah pasir. Kiranya pucuk tuk wat ulam tu sepanjang tahun ada, cuma buahnyer jer yg keluar ikut musim. Mungkin 10-20 tahun akan datang generasi baru takkan kenal dah buah jambu golok ni

Salam kak Tie..I'm back
Kak Tie..hmmm sedapnya tengok buah jambu tu..cicah ngan kuah rojak sedap tu..yang satu lagi tu farah panggil buah janggus..ke jagus ke..
re:akak..barang2 tu semua memang nak hantar balik m'sia kat mama farah kak..actually farah tak ada planning nak balik m'sia lagi kak..that y hantar semua barang2 tu kat mama..boleh mama guna or bagi kat sedara mara
Wed 2-Jul-2008 12:08
Posted by:Farah Shrewsbury farhana_81@hotmail.co.uk  - [Link]
lawak tol la jambu golok ni hehehe...
hai nasib kaula si jambu...ke dalam perut tie juga akhirnya..
Wed 2-Jul-2008 18:14
Posted by:ibu qasih  - [Link]
Sib baik rinna bl jambu xde bijik kat kws umah dia jugak..kot dia gi golok semata2 nak bl jambu yg kes parah...alahai rinna..sib baik wa tau gajus tu camne.. Thu 3-Jul-2008 01:49
Posted by:wawa ssalwa@yahoo.com  - [Link]
View all 23 comments Add comment


Wednesday, 25-Jun-2008 03:40 Email | Share | | Bookmark
Fadhilat Membaca Bismillah


Dapat emel tentang Fadhilat BISMILLAH dan nak share dgn kawan2. Moga bermanfaat utk kita semua

Membaca Bismillah setiap kali melakukan sesuatu pekerjaan atau perbuatan sebenarnya memberi kebaikan yang sangat banyak. Allah sendiri memerintahkan para malaikat supaya mencatat pahala bagi umat manusia yang membaca Bismillah.

Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, akan aman dariapda gangguan syaitan, kecurian, maut yang mendadak dan bala. Sementara pasangan yang membacanya ketika hendak berjimak, akan melahirkan anak yang soleh dan bagi ibu bapanya kebajikan sejumlah tarikan nafas anak itu.

Membaca 41 kali Bismillah ke telingan orang yang pengsan, insya Allah dia akan segera sedar. Membaca 313 kali Bismillah serta 100 kali selawat ke atas Nabi SAW pada waktu pagi hari Ahad sewaktu matahari terbit dengan menghadap kiblat, insya Allah akan mendapat rezeki yang tidak terduga.

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang bebal, eloklah dibaca Bismillah sebanyak 786 kali, kemudian ditiupkan pada air lalu diberi minum anak itu selama tujuh hari pada saat matahari terbit, insya Allah lenyaplah kebebebalannya. Perkara yang sama juga dilakukan kepada adik-beradik, suami, isteri atau sesiapa yang dimaksudkan.

Sesiapa yang membaca 50 kali Bismillah di hadapan orang orang zalim, akan tunduk dan takutlah orang zalim itu. Bagi perempuan yang hamil, tulislah 61 kali kalimah Bismillah hingga akhirnya dengan huruf Arab di atas kertas putih lalu sisipkannya ke perut wanita itu, insya Allah hidup anak yang dikandung itu.

Mereka yang berniaga, bacalah 786 kali di hadapan dagangannya lalu dihembuskan selama tujuh hari. Insya Allah dengan izin Allah akan majulah perniagaannya.




itu le kebesaranNya
amin
Thu 26-Jun-2008 17:57
Posted by:m♥mma darwisY & daNi  - [Link]
KALO SESAPA LOM MENCUBE RESIPI NASI LEMAK

PANDAN SILA AMEK RES-P KAT FP RINNA

MEMANG MABBELESSS ....!

ATAU ADA CADANGAN LAIN UNTUK MENYEDAPKAN LAGI

MASAKAN TU..SILA KASI IDEA KAT FP RINNA

MUAHAHAHA!!!
Sat 28-Jun-2008 10:54
Posted by:FazaRina shafri_maju@yahoo.com  - [Link]
Info yg berguna Sat 28-Jun-2008 20:19
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
View all 15 comments Add comment


Monday, 23-Jun-2008 00:28 Email | Share | | Bookmark
Sambutan hari ibu sekolah wawa...Jalan-jalan makan2

Ibu dan anak
wawa&mok chek
kena marah ngan ibu
View all 28 photos...

Jumaat baru ni (20.Jun.08) taska wawa mengadakan sambutan hari Ibu yang ke berapa tak taulah yer coz wawa baru setahun kat situ. Majlis berlangsung di Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman yang mana turut hadir ialah MB baru ganu YAB Dato Mohamad Bin Said dan isteri Toh puan Norliza Mahmod. Hamboi ulasan macam nak tulis kat paper plak kan . Layan jelah gambar sekitar majlis ni. MB baru kami ni berjiwa rakyat betul yer, tengok dia pakai cam nak pi minum kat kedai kopi jer. Harap-harap MB baru kami ni dapat la mereliasasikan impian rakyat Ganu.

Belum pon majlis selesai, kami dah menghaibkan diri .Buring la majlis cam ni. Lupa nak citer ibu pi dengan wawa dan Mok Chek jer...Anis tinggal kat rumah coz dah tau kalo bawak dia mesti hazab . Jom layan aktiviti lepas melarikan diri dari majlis itew .Apa lagi pi shopping dan makan-makan la

Ada je benda ni kat sopim komplek kan...pandang kiri..pandang kanan ..baru melintas



Nak dijadikan cerita masa kat pizzahut tu wawa tertumpahkan air. Pastu masa nak bayar ibu tgk ada service charge 3.90, apakah ni charge diorang lap meja & mop lantai pasal air tumpah tu. Lupa plak nak tanya. Kalo tau camtu baik ibu lap sendiri .Kena jimat woi .


OTW balik singgah kat pantai Marina AKA telaga simpul.Lupa plak nak ambil gambar telaga, tapi telaga ni takde plak bersimpul..biasa jer . Masa tengah santai-santai dapat sms katanya anis panas-panas badan dia, ni tak lain tak bukan suh ibu balik ni, coz majlis patutnya habis kul 12, kul 4 ibu blom sampai rumah.Sesekali terlepas kandang camtulah . Pas balas sms terus balik.Sempat gak sesat, tak tau nak kuar ikut mana.Konon nak lalu short cut..last2 sesat

Sabtu hari memasak sedunia. Memula masak pargedil ayam utk anis. Ni resepi dari Sue mama maryam http://sweetheartmama.fotopages.com. Bukan anis je yang ske wawa, ibu& abi pon tumpang sekaki


Quote:
Resepi pargedil..rekues by fazza rinna cute
2-3 ketul isi ayam** -Blend(saya tumbuk guna lesung batu jer..tradisional kan )
2 biji kentang**(rebus&lenyek)
1 biji bawang merah**-Potong dadu(tak nak bubuh pon takpe)
sedikit garam**
telur
Cara2nya
1.gaulkan semua bahan bertanda ** dan bulat2kan.
2.celup dengan telur dan goreng.
3.Makan masa panas2..cicah sos cili


Untuk lunch ibu gulai telur itik dan goreng ikan keli berlado

Quote:
Gulai telur itik
5 biji telur itik
5 ulas bawang merah-Blend
2 ulas bawang putih-Blend
2 sudu ciliboh
sebiji kelapa-ambil santan
1 paket(50sen)rempah cap bunga ros (ini pentig..kalo rempah lain x kaw)
garam & serbuk perasa.
Cara2nya
1. Tumis cili boh hingga naik minyak. Masukkan bahan yg dimesin.Masukkan rempah dan sedikit air.
2. Masukkan santan..tunggu hingga mendidih, perlahankan api dan pecahkan telur..
3. Masukkan garam & serbuk perasa.


Quote:
Keli masak berlada..pecel lele ye wak
3 ekor ikan keli..bersihkan dan lumur garam&kunyit(nak menggelakkan ikan melakat dikuali saya rendam 1-2jam dalam air limau nipis@asam jawa)
10ulas bawang merah-blend
3 ulas bawang putih-blend
10biji cili padi-blend
5 biji cili merah-blend
sos tomato
soso cili
Cara2nya
1.Goreng ikan yang telah dilumur garam&kunyit.Angkat ketepikan
2. Alihkan sedikit minyak lebihan meggoreng tadi & guna utk menumis bahan2 yg diblend.
3. Tumis agak lama..biar betul2 masak
4. Masukkan sos cili& tomato. Masukkan garam jika perlu
5. Setelah masak angkat dan tuang atas ikan tadi.

malam goreng cendawan celup tepung..Makan sambil tgk M3..kuar plak lompat si katak lompat ..terus tukar channel bola


Ini aksi budak 2 orang ratah susu..Nak marah diorang lebih2 pon xleh gak..sebab mak dia ni pon ske ratah susu .






k.tie.. pizza hut mmg ada servis charge..
fyi,svc charge dia ikut kepala okey..kalu pi makan ramai..makin mahailah svc chrge dia tu...bukannya utk svc dia tlg lap lantai...tp svc dia amik menu kita...hantaq ayaq kt kita..tu jer...
sbb tulah sya kalu nak makan pizza,take away jer...rasa cam rugi jer byq svc charge tu...
Tue 24-Jun-2008 08:00
Posted by:Ita @ mamaDina ita_0910@yahoo.com.my  - [Link]
>> menarik editingnya....
>> tambah menarik bila pandangan mata tertumpu pada makanan tu...
Tue 24-Jun-2008 14:56
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
wawanis ratah susu tepung ek..selalu org suka ratah milo..sibbaik x ratah nescafe kn..hehe..
lom pernah msk begedil sendiri..mkn tu pernah la..
kono buek ni..dah xdo idea nk msk ape..huhu..
Wed 25-Jun-2008 02:42
Posted by:srsfeqah  - [Link]
View all 21 comments Add comment


Wednesday, 18-Jun-2008 01:23 Email | Share | | Bookmark
Terkenang Arwah Ayah

 
 
 
View all 10 photos...
Salam....
Tak tahulah kenapa sejak akhir-akhir ini Ibu selalu termimpikan arwah Atok. Apakah kerana rindu ataupun arwah ingin menyampaikan sesuatu pada Ibu? Seingat ibu tiap kali mimpikan atok. dia tak pernah bersuara, cuma nampak dia lakukan rutin harian sama seperti sebelum dia meninggalkan kami, dengan pakaian biasa dia (berkain pelikat@batik). Dalam mimpi tu Ibu rasa macam atok masih hidup..boleh pegang tangan dia, peluk cium dia..yelah nama pun mimpi kan.tapi terubat juga rindu. Al-Fatihah buat ayahanda kesayangan yang hari ini genap 5 bulan 15hari meninggalkan kami.Baca di sini http://wawanis.fotopages.com/?entry=1400565

Quote:
Syawal 2007, kali terakhir beraya dengan Ayah dlm keadaan dia sihat, menjelang Raya Haji 2007 ayah mula sakit


Sentimental la plak entry atas tu ek. Saya kalo sedih saya mesti masuk dapur..masak-masak..tung-tang-tung tang dengar bunyi periuk berlaga dengan kuali boleh hilang stress tau . Cakap pasal masak sekarang takde dah orang nak tanya kalo nampak lauk pelik2 atas meja..yang paling saya tak tahan kalo saya masak cendawan butang arwah ayah akan tanya "mende ni macam taik kera jer"

Quote:
Nilah cendawan yang ayah kata taik kera tu



Sayur jambu golok dengan sutong..kak Madiha sejak musim jambu golok baru dua kali makan..tu pon x puas..sket ngat jambu
Quote:
Atas permintaan fazza rinna..ni dia resepi sayur jambu golok..
15 biji jambu golok (jgn yg msk sangat) potong mcm kat gambar (ada org cincang tapi tie ske potong) pastu ramas buang air..jangan sampai kering plak nanti takde rasa manis.
1/2 kilo sotong
sebiji nyor-ambil santan
Bawang besar belah 8 & lada besar (yg ni optional)
garam

Kaedah memasak..
Didihkan santan, masukkan sotong, jambu golok.
Apabila sayur masak angkat & bolehlah dihidang

** sama cam kita masak lemak putih jer rina**..makan dengan sambal belacan best

Rina ni gambar jambu golok AKA gajus http://wawanis.fotopages.com/?&page=2, ko jangan bantai jambu lain lak yo, kot tak jadi resepi ko tu den tak jamin..Ingat tu jangan ko bantai jambu batu lak..kang keno keracunan makanan nayo jo


Gulai kunyit lengkuas telor ikan dan nanas

Ikan sungai yang adik tie ngail (keli, puyu, ruan, baung)

dah masak sapo2 yg x makan ikan darat tu tanak try ke


Ni gambar pagi tadi..Tie perasan sangat..dotter berdua ni kalo tido mest sama pesen jer

salam taziah buat kak tie sekeluarga...
**moga kak tie tabah selalu
*** yang gambar bawah sekali tu menu jawa kak tie, SAMBAL goreng
Sun 22-Jun-2008 07:53
Posted by:dOd  - [Link]
nape ade nama sayur jambu golok? resepi dr golok ke..?
hehehhee
bab tido seiras tu..sama le anak-anak kita
kekdg klu ayah diorg dok sebelah, mmg nampak sama 3-3
Sun 22-Jun-2008 13:21
Posted by:m0mma darwisY & daNi : farah  - [Link]
garu kepala baca "jambu golok"...gajus rupanya hahahahha jakun betul!!! Sun 22-Jun-2008 18:21
Posted by:hellikonia  - [Link]
View all 29 comments Add comment


Sunday, 15-Jun-2008 06:19 Email | Share | | Bookmark
Picca anak2 & Happy father's day

 
 
 
View all 25 photos...



Dah lama tak apdet tentang perkembangan terkini 'our lil princes ni'... semakin membesar semakin banyak skill yang terserlah. Kadang2 rasa nak menangis dengan kenakalan wawa tapi dimasa yang sama rasa terhibur plak dengan keletah dia, cam Anis plak kalo dia wat peel taknak dengan orang lain terpaksalah Ibu jadi "IBU Kangaroo" berkelek ke sana kemari, penat sungguh... tapi



Quote:
saya dah besar kan


Quote:
tapi blom ada boyfriend


Quote:
jenuh ibu nak 'setkan' rambut ni tau


Quote:
present dari Auntie Zura,, TQ Auntie..piece for u




Quote:
Gambar kat studio


Quote:
Budak nakal yang comot>>>>>>>>>>>>>>>tak tauler make up artis mane yg make over ni


Quote:
Baru ibu tau, Anis sgt suka dragon fruit..Ibu x ske


Quote:
Antara aksi gedik


Quote:
Kaler lawo je kan..wawa ske makan coz bibir dia jadi merah cam pakai lecu



Quote:
Gambar-gambar dari album


Quote:
Berdua lebih baik

akk..klo sellau ikat tocang kat rambut wawa tu..blh runcing jari akk oo..
huhu..ilang segala lemak2 yg ada sbb akk sellau excercise jari tu..muahahahaha..

anis ha..ya rabbi..comot myer dia main bedak tu..plak tu gamba yg dia kusyuk baham dragon fruit tu..comel jerr..

Tue 17-Jun-2008 10:32
Posted by:sitione  - [Link]
salam anis...uikk budak2 comot dek bedak pun nampak comeyy kan, kalau org tua comot mcm tu, bukan saja tak comeyyy tapi serammmm!!!!!!.... Tue 17-Jun-2008 15:22
Posted by:ah mat gebu
hai wawanis....
ala. auntie terlambat sudah nengok fp ni..uhuks
apa nak wat..auntie cuti 2 ari
allololoooo....tomei nya wawa pakai baju tu...ijau lg..cantik kan kaler tu...
daku lak yg perasan sendiri..hehehehee
tie, tomei gila anis makan buah naga tu...
haah ler...cam pakai lipstik kan..hehhehee
Wed 18-Jun-2008 00:37
Posted by:Mummy Irdina&Arissa  - [Link]
View all 24 comments Add comment


Wednesday, 11-Jun-2008 04:00 Email | Share | | Bookmark
Jawab TAG dari Puan Zura & main masak2 lagi

 
 
 
View all 6 photos...
Puan Zura mommy lil girl yg cute http://jasfyra.fotopages.com/ telah mengeTAG saya. tugasannya senang banget tapi yg geramnya tadi saya dah publish tapi fp pblem..so ini saya taip balik .Tekun betul saya kan..


Tugasannya: all about your favourites.......what is your favourite food? favourite drink? favourite fruit? favourite place? favourite spot? favourite magazine/book? favourite pet? other favourites?

Favourite FOOD
Masakan kampung, ikan sungai, makanan eksotik(budu, tempoyak, ulam2 kg), asam, sayur malar hijau , pendek kata semua yang halayan toyiban saya makan.

Favourite DRINK
Semua ok , kecuali nescafe dan air buah yg pelik2 cam durian belanda, kiwi, jus naga

Favourite FRUIT
Saya tak makan betik masak (kalu yg mengkal ok plak ) dan belimbing jer.

Favourite PLACE
Bilik, dapur dan pasar basah.(Saya suka tgk sayuran segar dan hasil laut yg bersusun kat pasar)

Favourite SPOT
Jungle trekking & jogging..Dululah skrg mana ada masa

Favourite MAGAZINE/BOOK
Majalah masakan, yg berunsur kekeluargaan, humor & novel (Lebih prefer novelist lelaki kecuali Norzailina Nordin)

Favourite PET
Ikan

OTHER Favourites
Memasak, bersantai, membaca, Shopping(Window shopim saja ekey) & bertenet

Siap satu tugasan. Ni plak antara menu yang dimasak masa cuti baru ni. (Jumaat& sabtu-Off day, ahad-Cuti keputraan Agong, selasa-Cuti Juara keseluruhan SUKMA)

kalu guna cendawan susu(Biasa tumbuh kat batang kepala sawit) lagi best
Quote:
Resepi
2 paket cendawan tiram
1/2 sudu lada hitam*
3 ulas bawang merah*
seulas bawang putih*
Minyak utk menumis
Cara memasak
1. Bahan yang bertanda * ditumbuk dan ditumis.
2. Apabila garing masukkan air. Tunggu hingga mendidih.
3. Masukkan cendawan dan tutup api. gangan lupa masukkan garam


dah lama nak buat ni, tapi susah nak dapat jering tanam ni.
Quote:
Resepi kopipes dari fp kak madiha sajork
JERING GORENG BERLADA
Bahan2
beberapa keping jering tua yg dah ditanam (anggaran 20 keping) -hiris nipis2
2 gengam ikan bilis - kopek kulit
1 biji bawang besar - mayang kasar
6 ulas bwg merah -
1 ulas bwg putih - bahan2 ini ditumbuk lumat (blend tak sedap)
15 biji cili padi -
1 inci kunyit hidup -
minyak
1 keping asam gelugur
garam & perasa secukupnya

Cara2
Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan dulu.
Goreng pula jering hingga masak, lembut & layu. tak perlu angkat jering tadi.. terus masukkan bahan2 yg ditumbuk.. biarkan hingga bahan tumbuk garing bersama2 dgn jering. masukkan garam, perasa secukupnya & asam keping. kacau rata. masukkan bawang besar & last sekali masukkan ikan bilis. kacau rata. bolehlah dihidangkan..


Murah betul udang kat pasar Dungun, jenuh melayan wawa kopek udang
Quote:
Resepi
1/2 kilo udang
10ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 sudu cili boh
sos tomato&sos cili
garam
minyak utk menumis
Cara memasak
1. Bahan bertanda* dimesin dan ditumis hingga kekuningan. Masukkan cili boh
2. Masukkan udang, segala sos dan sedikit air.Masukkan garam.
3. Bila nampak udang kemerahan tutup api.Jangan over cooked nanti udang jadi keras ketung


Quote:
Ni menu utk BIL yg warded coz tekanan darah rendah
resepi
seikat bayam-Potong dan asingkan batang&daun
5 ekor sotong/udang/ayam
2 ulas bawang merah-Diketuk
garam&gula
Cara memasak.
1.Didihkan air bersama ayam dan bawang yang diketuk.
2.Masukkan batang bayam, bila agak lembut baru masukkan daun bayam.
3.Masukkan garam & gula


1st time wat pau..org ganu panggil paung..terlebih peram sampai penyek plak
Quote:
Resepi Pau kacang
1/5 bungkus mauripan
1 cawan air
1 biji telur
1/2 cawan minyak
2 cudu minyak sayur(sortening)
2 cawan gandum..
secubit garam & gula

1. Masukkan mauripan dalam mangkuk, masukkan air dan rendam hingga sebati.
2. Masukkan telur, minyak sayur & minyak, garam serta gula (dalam mangkuk berisi mauripan dan air tadi). Kacau kira-kira 15minit.
3. Masukkan adunan ke dalam bekas besar(senang utk diuli), masukkan gandum..uli. Tambahkan gandum jika adunan masih lekat di tangan. Uli yer puan2..lagi lama uli lagi lembut teksture pau. peram adunan 1/2 jam.
4.Ambil adunan sebesar bola pingpong masukkan inti..gentel.Lapik dgn daun pisang,plastik@ kertas. peram lagi hingga naik (2-3 jam).Kukus.

Inti
1 cawan kacang parang hitam-Rendam semalamam
Aie, gula, secubit garam & daun pandan

Cara memasak.
1. Masukkan kesemua bahan kedalam periuk.Masak hingga kacang empuk.
2. Sejukkan kacang tadi dan blend



Wawa punya peberet, cicah dgn sos..

Oppsss lupa lak farah..kak Tie..thanks ye akak for my sister's b'day wishes Sat 14-Jun-2008 08:38
Posted by:Farah Shrewsbury farhana_81@hotmail.co.uk  - [Link]
WAHHH..PANDAI KAK TIE WAT PAU HA..TERLIUQ CT KAK OIII...

P/S:FP UPATED
Sun 15-Jun-2008 03:52
Posted by:sitione  - [Link]
OMG, The tiram tumis air and the Jering tu favourite i!!!!! Kena ajar i masak la! Sun 15-Jun-2008 06:56
Posted by:Zeti Zain  - [Link]
View all 23 comments Add comment


Monday, 9-Jun-2008 03:59 Email | Share | | Bookmark
Musim kawin

berarak tengah panas
Rumah pengantin pompuan..belah kanan
Rumah pengantin lelaki...belah kiri
View all 22 photos...
Ni gambar kenduri 6.6.08(jumaat) pasangan Amdam & Suzi. Pengantin lelaki jiran sebelah kiri, dan pengantin perempuan jiran sebelah kanan rumah. Dekat betul jodoh merpati dua sejoli ni ek. Nanti raya takyah berebut nak balik kampung, kalau gaduh pon xyah nak hantar2 bagai..main campak jer Gurau saja Pok Dan & Cik Gee okey





Kesin pengantin berpeluh sakan




ada 6 ekor binatang ini..nasib baik wawa x nak naik semua

Borong barang kat maidin lepas dpt tahu harga brg akan naik lagi

Salam..taaruf.dari Zai KuLiM boring2 tu jom ler. jenguk sat entry Zai posing sakan kat Cameron tu....
Ok sok ader lagi entry kat Cameron .. mengenai shopping kat Night Market @ Brichang plak...geram tul ha..cam semua nak beli jer....

Wah...cantek tul ha...pengantin tu.....serba hijau g ha,,mmg tred sekrg pengantin semua suka hijau kan...
Tue 10-Jun-2008 17:48
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
salam perkenalan dari watie....
kita dapat link akak dari fo big mama bukhari...
jemput la singgah ke fp orang yg baru belajo nie..
Wed 11-Jun-2008 03:11
Posted by:watie  - [Link]
cuti skola mmg musim kawen kan
saye dpt 3 jemputan
tp pegi 1 jer
semua pun jauh2
minyak naik x mampu nak pegi..
Wed 11-Jun-2008 03:12
Posted by:bubBLes  - [Link]
View all 18 comments Add comment


Tuesday, 3-Jun-2008 04:49 Email | Share | | Bookmark
Jawab TAG dari Zura....

 
 
 
View all 5 photos...
Peraturannya...
"These are the rules :
1. Post YOUR photo wearing red, may it be red top, bottom, the least would be red accessories if u hate wearing red. If u can’t find one, u still have an option.Either post your significant other’s photo or your child’s photo, if u have one.Of course, they should be wearing red.

2. Let us know the reason why u were wearing that particular day.Was it ur birthday? Is red ur fave color or was it the shirt that u first saw in ur closet that day?"

Puan Zura telah memberi tugasan yang agak 'berat' sebab ibu terpaksa mengimbau kenangan2 lama memandangkan sekarang ibu memang takde stock baju even accessories kaler merah . Untuk tidak menghampakan puan zura ibu tepeklah gambar lama yang ibu jumpa ni....

Tu dia semua merah termasuk sarung kusyen dan tikar getah ...gambar lama faham2 jelah qualitinya yer




Ini tikar bonda yang kaler merah...lari tajuk dah ni jangan marah..... hahaha





Tu jelah sekeping gambar saya berbaju merah.Nak kata saya tak suka merah tak jugak. Agaknya time pakai baju merah tak ambik gambar kot hehe... Siap tugasan saya...yuhaaaaa

lps ni saya nk tag.....

1- http://adamdanishhaikal.fotopages.com/... ..Awal2 Iza dah warning x bagi saya tag saya, tapi saya nak tag gak lalala. kalau tak wat tak kena denda tau iza
2. http://ladylike80.fotopages.com/... Kalau dah kena ignore jelah Fiza yer
3.http://masmaya.fotopages.com....Pn Maya kita ni bz agaknya, maklumlah baru start kerja..takpe wat lambat2 pon takpe

wh wah wah..merahnye makngah..tu napa ade gbr pmpn berambut afro? hehehe

::tie..kite dh jwb homework
Fri 6-Jun-2008 09:51
Posted by:Linda+Ghaz the Man  - [Link]
huhu..br nak wat homework..sabau ek.. Sun 8-Jun-2008 07:00
Posted by:maya maya_mas2002@yahoo.com  - [Link]
salam kaktie.........
homework wallet dah siap kak.............
huhu homework red je lom sipa lagik...
tak sempat nak carik red collection la kaktie...
& tak sempat jugak nak edit2...
next entry fiza post yer kaktie..............
sowie cikgu... anak muridmu ini tak berdedikasi sungguh!
Sun 8-Jun-2008 15:50
Posted by:~fiza~  - [Link]
View all 25 comments Add comment


Sunday, 1-Jun-2008 03:04 Email | Share | | Bookmark
wawa birthday bash

 
baju besday girl
 
View all 32 photos...
Ni gambar celebration besday wawa hari sabtu baru ni. Tak ramai kanak-kanak ribena yang dapat datang coz depa2 semua gi bercuti. Kali ni sambutan tak semeriah last year. Key..enjoy da pix




Birthday girl..tak sabar-sabar suh potong kek

Kek..dua kali kena tamparan wanita oleh anis hehe




Kemain semangat lagi tiup lilin

Sempat lagi jilat icing tuh

yey!yey! dah boleh potong kek

Penat melayan tetamukah

pelayan kecik...sibuk kutip pinggan>>>>>>>>>>>>>>Muka budak busyuk

Quote:
Mommies2 sekelian & Wak Kumis, nampaknya lebam kat pipi wawa dah sembuh, nasib baik tak tinggal bekas, kalo tak saya menyesal seumur hidup.wak siap nak report teledera..jangan wak..kalo saya masuk jel sape nak jaga budak2 ni

Hai! Kalau u interested to look for branded children's wear, feel free to visit my web at
http://mitchcollections.blogdrive.com
Tue 3-Jun-2008 03:15
Posted by:misa4774 misa4774@yahoo.com  - [Link]
happy belated birthday yer wawa....semoga menjadi anak yang baik dan solehah . Wed 4-Jun-2008 04:11
Posted by:onet365 junaidah@bmi.edu.my
inilah dia besday party wawa tu yer? rugilah tak dpt join sekali.. maklumlah dungun ngan kerteh jauh gak.. kalau dekat2 nak juga pegi
comelnyer wawa pakai baju tu.. ni dah jadi si pari-pari dah ni siap ada tongkat sakti lagi
apa yg macam2 dah terjadi yg tie ckp tu?
Wed 4-Jun-2008 06:40
Posted by:MaDiHa  - [Link]
View all 17 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.